Program Turun Padang Biro Kebajikan Ke Matang Pagar
Pada Hari Khamis 30 Julai 2009 jam 3.30 petang Biro Kebajikan UMNOBahagian Subang turun ke JKKKP Kampung Matang Pagar dan memberi taklimat mengenai bantuan bantuan yang boleh diuruskan oleh Biro Kebajikan. Turut serta dalam program itu ialah Sdra. Abdul Raof bin Dato' Abdullah, Naib Ketua UMNO Bahagian Subang, Puan Hjh. Halimaton, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Subang / Pengerusi Biro Kebajikan Bahagian Subang, Sdra. Abdul Rahim Abu Bakar Pegawai JASA DUN Paya Jaras. Sdra. Kassim Pegawai Kebajikan Parlimen Subang turut hadir dan memberi taklimat pada para hadirin. Program ini amat berfaedah kerana para ibu-ibu tunggal dan orang-orang yang kurang mampu dapat bersemuka dan berdailog serta mendapat penjelasan daripada pihak yang bertanggungjawab.









0 Response to "Program Turun Padang Biro Kebajikan Ke Matang Pagar"
Post a Comment