Majlis bacaan Yaasiin dirumah Tuan Hj. Mohamad Demanih
Saperti biasa setiap dua minggu sekali majlis bacaan Yaasiin akan diadakan anjuran JKKKP Matang Pagar. Justeru itu pada 09 Ogos 2009 jam 8.45 malam majlis bacaan Yaasiin telah diadakan dirumah Tuan Hj. Mohamad Demanih, setiausaha JKKKP Matang Pagar. Seramai 60 orang penduduk telah menghadiri dan menjayakan majlis tersebut. Pengerusi JKKKP mengucapkan terima kasih banyak pada Tuan Hj. Mohamad dan keluarga serta para tetamu yang hadir menjayakan majlis bacaan Yaasiin itu. Pengerusi juga mengumumkan bahawa program bacaan Yaasiin ini ditangguhkan dan akan disambung semula selepas Hariraya Aidilfitri nanti. Pengerusi juga mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa pada semua yang hadir.
" JKKKP Matang Pagar mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH
PUASA PADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT "
PUASA PADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT "








