JKR turap semula jalan yang tidak rosak

Kami JKKKP Kampung Matang Pagar mengucapkan terima kasih kepada JKR Daerah Gombak yang telah memberi beberapa projek pembangunan infra dengan menurap semula jalan dan membina longkang. Walau bagaimana pun ramai penduduk penduduk Kampung Matang Pagar terkejut dan hairan dengan tindakan JKR Daerah Gombak yang mengeluarkan tawaran kerja kepada kontraktor untuk menurap semula jalan jalan yang masih elok dan jalan jalan itu pula kurang penduduk. Kerja kerja menurap semula jalan jalan itu telah dibuat oleh kontraktor pada 09 Julai 2009 yang lalu. Penduduk penduduk mengadu mengapa JKR tidak menurap jalan jalan yang masih belum diturap atau menurap semula jalan jalan yang rosak. Oleh itu pada masa akan datang adalah diharap agar pihak JKR berbincanglah dulu dengan pemimpin pemimpin tempatan untuk mendapat maklumat mengenai mana satu projek yang perlu didahulukan.

" HARAP PIHAK ATASAN JKR MENINJAU PERKARA INI "

0 Response to "JKR turap semula jalan yang tidak rosak"

Post a Comment