Program Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2009

Dua minggu selepas Hari Raya Aidil Fitri 2009, JKKKP Kampung Matang Pagar dengan kerjasama KRT dan UMNO Cawangan Matang Pagar akan menganjurkan program jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2009. Penganjur akan menjemput semua penduduk Matang Pagar dan kawasan sekitarnya yang terdiri dari berbagai kaum, pegawai pegawai perpaduan Daerah Gombak, pegawai pegawai KEMAS, pemimpin pemimpin masyarakat dan lain lain lagi. YB. Datuk Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor, ADUN Kawasan Paya Jaras / Ketua UMNO Bahagian Subang akan dijemput sebagai penaung kepada program tersebut.

" PENGANJUR MEMERLUKAN SOKONGAN SEMUA PIHAK
BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INI "

0 Response to "Program Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2009"

Post a Comment