Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Anjuran JKKKP Matang Pagar Dengan Kerjasama JASA

Program ini telah dilaksanakan pada 06-03-2010 jam 8.30 malam bertempat di Lot D-91, Jalan MP52, Kampung Matang Pagar, Sg. Buloh. Lebih kurang 300 orang penduduk telah menghadiri program tersebut. YB. Datuk Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor ADUN Kawasan Paya Jaras turut hadir menjayakan program itu.










Gambar-Gambar Program Pemeriksaan Kesihatan 15 November 2009

Sebagai acara selingan pada program pemeriksaan kesihatan 15 November 2009 ini satu acara khas telah diadakan bagi meraikan penduduk-penduduk yang lahir dalam Bulan November. Seramai 35 orang penduduk yang lahir dalam Bulan November telah diraikan dan hadiah telah disampaikan oleh YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro.




Puan Aznan binti Abdullah dan Puan Asmah Jelani mewakili
sebahagian sahabat-sahabat yang lain yang lahir dalam Bulan
November memotong " Kek Selamat Hari Lahir
"
Puan Hjh. Khalijah bersama dengan anak-anaknya Suraya
dan Saifullizan serta cucunya Nor'ain


Pada Hari Ahad 15 November 2009, JKKKP Matang Pagar dengan kerjasama KRT, UMNO dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan telah mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan meliputi pemeriksaan buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan kolestral bertempat di rumah pengerusi JKKKP Matang Pagar iaitu Haji Saad bin Md. Saman, Lot D-91, Jalan MP52, Matang Pagar. Program tersebut turut dihadiri oleh Tuan Magedran A/L Muniandy, Pegawai Perpaduan Daerah Gombak dan Juga YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor, ADUN Kawasan Paya Jaras. Seramai 120 orang penduduk kampung turut serta dalam program itu.




YB. Dato' Ir. Bushro dan Datin sedang berbincang sesuatu


Puan Hjh. Khalijah sedang menjalani pemeriksaan kesihatan





Puan Kathy dari Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia
sedang menyampaikan taklimat pada penduduk

Hj. Saad bersama dengan Tuan Magedran a/l Muniandy
iaitu Pegawai Perpaduan Daerah Gombak dan Cik Rohayu








Tuan Magedran a/l Muniandy Pegawai Perpaduan
Daerah Gombak sedang menyampaikan ucapan


YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro ADUN Kawasan Paya Jaras
sedang menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Puan Kathy
yang mewakili Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia
( National Kidney Foundation Of Malaysia
)









Gambar-Gambar Program Pemeriksaan Kesihatan


Program Kacau Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadan



Majlis bacaan Yaasiin dirumah Tuan Hj. Mohamad Demanih

Saperti biasa setiap dua minggu sekali majlis bacaan Yaasiin akan diadakan anjuran JKKKP Matang Pagar. Justeru itu pada 09 Ogos 2009 jam 8.45 malam majlis bacaan Yaasiin telah diadakan dirumah Tuan Hj. Mohamad Demanih, setiausaha JKKKP Matang Pagar. Seramai 60 orang penduduk telah menghadiri dan menjayakan majlis tersebut. Pengerusi JKKKP mengucapkan terima kasih banyak pada Tuan Hj. Mohamad dan keluarga serta para tetamu yang hadir menjayakan majlis bacaan Yaasiin itu. Pengerusi juga mengumumkan bahawa program bacaan Yaasiin ini ditangguhkan dan akan disambung semula selepas Hariraya Aidilfitri nanti. Pengerusi juga mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa pada semua yang hadir.

" JKKKP Matang Pagar mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH
PUASA PADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT "

Gambar bacaan Yaasiin di rumah Hj. Mohamad Demanih










Jawatankuasa Taddarus Perdana

Program Taddarus Perdana Al-Qur'an telah pun dipersetujui dalam mesyuarat AJK pada 02-08-09. Oleh itu bagi melaksanakan progran ini maka satu jawatankuasa pelaksanaan perlu dibentuk dan jawatankuasa itu adalah saperti berikut :-
  1. Pengerusi...................................Haji Saad bin Md. Saman
  2. Setiausaha..................................Haji Mohamad bin Demanih
  3. Jawatankuasa............................Haji Ismail bin Haron
  4. .....................................................Haji Mahamad Zukhi bin Md. Saman
  5. .....................................................Sdra. Zakaria bin Che Soh
  6. .....................................................Sdra. Sahari bin Abdul Hamid
  7. .....................................................Sdra. Shaari bin Idar
  8. .....................................................Sdra. Abdul Rahman bin Bardan
  9. .....................................................Sdra. Mohd. Hisyam bin Ellias
  10. .....................................................Puan Rokiah binti Suratni
  11. .....................................................Puan Hjh. Eshah binti Hasim
  12. .....................................................Puan Siti Tongaton binti Samuri
  13. .....................................................Puan Halimah binti Mat Saman
  14. .....................................................Puan Noor Sini binti Salleh
  15. .....................................................Puan Maryam binti Md. Deni
  16. .....................................................Puan Siti Haslina binti Mohd. Hamdani
  17. .....................................................Puan Saminah binti Saino