Majlis bacaan Yaasiin, Doa Selamat dan Tahlil Arwah

Saperti yang dirancang, JKKKP Kampung Matang Pagar telah berjaya menganjurkan siri majlis bacaan yaasiin setiap dua minggu sekali di rumak penduduk secara bergilir-gilir. Pada 25 Julai 2009 jam 8.30 malam majlis tersebut telah diadakan di rumah Tuan Haji Mahamad Zukhi bin Md. Saman ( Haji Pak Lang Ki ) . Seramai lebih kurang 120 orang penduduk telah menyertai majlis tersebut. Turut hadir bagi meraikan majlis tersebut ialah YBhg. Sdra. Abdul Raof bin Dato' Abdullah, Naib Ketua UMNO Bahagian Subang yang mewakili YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor ADUN Paya Jaras yang tidak dapat hadir kerana menghadiri majlis lain yang diatur lebih awal. Haji Saad Pengerusi JKKKP Kampung Matang Pagar dalam ucapan aluannya telah mengucapkan terima kasih banyak kepada Pejabat ICU Zon Gombak / Hulu Selangor yang menghulurkan sumbangan bagi menjayakan majlis itu. Tanpa bantuan dari Pejabat ICU itu, program ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bagitu juga dengan YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor, JKKKP Matang Pagar mengucapkan terima kasih banyak kepada beliau diatas sokongannya yang tidak putus-putus.

" JKKKP Matang Pagar mengucapkan terima kasih daun keladi,
program lain bantulah lagi TERIMA KASIH SEMUA "

0 Response to "Majlis bacaan Yaasiin, Doa Selamat dan Tahlil Arwah"

Post a Comment