Gambar-Gambar Program Pemeriksaan Kesihatan 15 November 2009
Sebagai acara selingan pada program pemeriksaan kesihatan 15 November 2009 ini satu acara khas telah diadakan bagi meraikan penduduk-penduduk yang lahir dalam Bulan November. Seramai 35 orang penduduk yang lahir dalam Bulan November telah diraikan dan hadiah telah disampaikan oleh YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro.
sebahagian sahabat-sahabat yang lain yang lahir dalam Bulan
November memotong " Kek Selamat Hari Lahir
"
Pada Hari Ahad 15 November 2009, JKKKP Matang Pagar dengan kerjasama KRT, UMNO dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan telah mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan meliputi pemeriksaan buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan kolestral bertempat di rumah pengerusi JKKKP Matang Pagar iaitu Haji Saad bin Md. Saman, Lot D-91, Jalan MP52, Matang Pagar. Program tersebut turut dihadiri oleh Tuan Magedran A/L Muniandy, Pegawai Perpaduan Daerah Gombak dan Juga YB. Dato' Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor, ADUN Kawasan Paya Jaras. Seramai 120 orang penduduk kampung turut serta dalam program itu.
iaitu Pegawai Perpaduan Daerah Gombak dan Cik Rohayu
sedang menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Puan Kathy
yang mewakili Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia
( National Kidney Foundation Of Malaysia
)


















