Mesyuarat AJK JKKKP Matang Pagar Kali Ke 2

Pada 02 Ogos 2009 jam 8.30 malam JKKKP Kampung Matang Pagar telah mengadakan mesyuarat AJK bagi kali yang kedua bertempat dirumah Tuan Haji Mahamad Zukhi bin Md. Saman. Mesyuarat tersebut telah memutuskan beberapa program sebelum dan semasa bulan puasa. Antara program itu ialah pada 09 Ogos 2009 jam 8.45 malam majlis bacaan yaasiin, doa selamat dan tahlil arwah akan diadakan dirumah Tuan Hj. Mohamad bin Demanih iaitu Setiausaha JKKKP Matang Pagar. Satu lagi program ialah Taddarus Perdana Al-Qur'an yang akan diadakan pada pertengahan Bulan Ramadan. Adalah diharap semua program ini akan mendapat sokongan jitu daripada semua AJK dan penduduk Kampung Matang Pagar.

0 Response to "Mesyuarat AJK JKKKP Matang Pagar Kali Ke 2"

Post a Comment